Kali ini saya kongsikan serba-sedikit pengalaman saya semasa mula-mula menggunakan Sabily (dahulu dikenali sebagai Ubuntu Muslim Edition).
Apa itu WebStrict?
Menurut https://launchpad.net/webstrict , WebStrict adalah antaramuka pengguna (user interface) untuk DansGuardian, Perisian tapisan web.
Walau bagaimanapun, anda mungkin seperti saya yang kurang menyukai perisian tapisan ini kerana komputer tidak dikongsi. :)
Jom, kita mula sekarang.
1. Pergi ke System > Administration > Webstrict

2. Klik Stop. Lepas tu klik unlock.

3. Restart firefox jika sedang dijalankan di PC anda.
4.Pergi ke Edit > Preferences.



Saya tak kata WebStrict ni tak bagus. Saya cuma tak suka perisian tapisan web sebab saya rasa agak terganggu.
Saya cadangkan WebStrict digunakan di kiosk internet percuma untuk mengelakkan pelanggan download benda yg bukan-bukan dan juga untuk ibubapa dalam menentukan laman sesawang yang perlu untuk anak-anak mereka.
4 ulasan:
Walaupun dah lama menggunakan Ubuntu, iaitu sejak Gutsy Gibbon lagi, inilah kali pertama saya berdepan dengan permasalahan Webstrict. Iaitu selepas pertama kali berukar ke Muslim Edition/Sabily full package. Entry anda berkaitan permasalahan ini amat dihargai. Terima kasih.
Sama-sama.
Salam.
Saya baru membuang terus pakej Webstrict dari Sabily saya. Rupa-rupanya yang banyak memakan CPU usage terutama ketika menukar background image (wallpaper) ialah benda ni. Dalam standard intallation Ubuntu 9.04 isu ini tak timbul.
Saya buang tiga perkara melalui Synaptic Pakej Manager iaitu webstrict, dansguardian dan tinyproxy.
Saya tidak perlukan Webstrict ini buat masa ini sebab komputer riba buruk saya ini hanya saya seorang yang menggunakannya.
Salam
Saya juga baru mengikuti saranan saudara dengan membuang terus dansguardian,tinyproxy,dan webstrict dan load average laptop saya berkurangan.
03:46:34 up 8 days, 10:31, 4 users, load average: 0.38, 0.63, 0.48
Catat Ulasan