Custom Search

Ahad, 22 November 2009

Ulasan: Ubuntu 9.10 Karmic Koala

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Blog Sabily Untuk Malaysia,

Mungkin agak terlewat bagi saya untuk membuat sedikit ulasan dan berkongsi dengan anda semua tips-tips dan perisian yang saya cadangkan anda patut pasang di komputer anda.

Saya telah mencuba dua versi Ubuntu, Ubuntu Karmic dan Xubuntu Karmic. Malangnya banyak fungsi yang ada pada Gnome yang tidak ada dalam Xfce membuatkan saya hanya dapat bertahan selama seminggu sahaja dengan Xubuntu.

Xubuntu cukup berguna untuk komputer-komputer lama yang berprestasi rendah dan saya yakin mereka yang sukakan sistem operasi yang mempunyai fungsi ringkas akan menyukainya.

Saya memasang Ubuntu 9.10 pada komputer riba saya, Acer Aspire 4520.

Ubuntu menggunakan sistem fail Ext4 dan menggunakan GRUB2 untuk mengurus rekod boot. Saya dengar ramai yang merungut mengenai GRUB2 jika membuat dwi-boot atau tri-boot pada komputer mereka.

Sekiranya anda membuat dwi-boot, saya tak berapa galakkan anda untuk kemaskini melainkan anda menggunakan Ubuntu sebagai sistem operasi utama anda.

Perubahan yang saya dapat perhatikan pada Ubuntu Karmic:

- Network manager dengan Driver wireless yang lebih stabil. Tiada lagi masalah Network Manager. Wireless boleh diaktifkan dan dimatikan dengan butang wireless pada laptop macam di Windows.

- Tiada konflik peralatan wireless sekiranya anda menggunakan adapter wireless USB.

- Prestasi boot dan startup yang lebih pantas

- Proses pemasangan yang lebih mudah dengan slideshow semasa proses pemasangan.

- Simpanan data sebanyak 2GB percuma menggunakan akaun Launchpad dan Ubuntu One.

- Empathy menggantikan Pidgin. Tapi saya tak berapa suka dengan Empathy. Saya buang Empathy dan gantikan semula dengan Pidgin.

Jangan lupa untuk upgrade semua repositori dan perisian anda.

HostanyImage

Perisian yang saya cadangkan untuk anda semua pasang di Ubuntu Karmic:

HostanyImage


Ubuntu Tweak

Cara memasang.

Buka Terminal anda.

Taip

sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com FE85409EEAB40ECCB65740816AF0E1940624A220

Tekan enter.

Taip

sudo gedit /etc/apt/sources.list

tambahkan dua baris ayat berikut ke bahagian bawah sekali fail sources.list

deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/ppa/ubuntu karmic main

kemudian simpan dan tutup gedit.

Taipkan

sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

di Terminal anda.

Di Ubuntu tweak ni, ada macam-macam repositori yang berguna untuk anda. Saya akan terangkan dalam posting akan datang. Dan juga perisian-perisan lain.

Jangan lupa untuk pasang "ubuntu-restricted-extras" untuk memudahkan anda melakukan tugasan di Ubuntu.

Taip di Terminal.

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras


Sekian untuk posting kali ini.

P/S: Saya akan tambah lagi memandangkan sekarang musim cuti semester. Dah lama sangat tak kemaskini blog.

carian google

Custom Search