Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas ketiadaan pos selama 3 bulan. Saya agak sibuk akhir-akhir ni dengan tesis dan hal-hal lain. Kali ni saya ingin menerangkan kaedah untuk memasang wvdial secara luar talian.
Kalau pasang secara dalam talian memang tidak sesusah mana. Anda cuma perlu "sudo apt-get usb-modeswitch wvdial" sahaja di terminal. Bagaimana kalau anda tiada talian internet atau hanya jalur lebar mudah alih (mobile broadband) itulah satu-satunya cara anda berada dalam talian (online)?
Dalam keadaan beginilah, tutorial ini sangat-sangat berguna.
1. Muat turun pakej wvdial untuk Ubuntu Lucid Lynx 10.04 64-bit di sini. Untuk Ubuntu Lucid Lynx 10.04 32-bit, ambil sini.
2. Ekstrak/Nyahmampat ke mana-mana yang folder anda suka.
3. Pasang libuniconf4.6_4.6.1-1_amd64.deb, libwvstreams4.6-base_4.6.1-1_amd64.deb, libwvstreams4.6-extras_4.6.1-1_amd64.deb, wvdial_1.60.3_amd64.deb, usb-modeswitch-data_20100127-1_all.deb, usb-modeswitch_1.1.0-2_amd64.deb. Pastikan ikut susunan yang saya nyatakan.
Untuk 32-bit, ikuti langkah yang sama;libuniconf4.6_4.6.1-1_i386.deb, libwvstreams4.6-base_4.6.1-1_i386.deb, libwvstreams4.6-extras_4.6.1-1_i386.deb, wvdial_1.60.3_i386.deb, usb-modeswitch-data_20100127-1_all.deb, usb-modeswitch_1.1.0-2_i386.deb. Pastikan ikut susunan yang saya nyatakan.
4.Dah selesai? Tiada masalah? Bagus,Sekarang masa untuk mengubahsuai usb-modeswitch.conf dan wvdial.conf
usb-modeswitch.conf tak perlu ubah apa-apa sekiranya anda menggunakan huawei E1550. Anda boleh abaikan langkah 5 dan 6.
Sekiranya anda menggunakan Huawei model lain, sila buka usb-modeswitch.conf dengan gedit dan buka terminal anda.
di Terminal, taip
lsusbseperti gambar di bawah:

5. Dari gambar di atas anda akan dapat lihat senarai usb yang sedang anda pasang pada pc. Untuk keputusan yang terbaik, cabut peranti usb lain dan biarkan modem huawei anda sahaja. Kedudukan huawei saya itu sekadar contoh sahaja. Modem anda mungkin dikenalpasti sebagai "Huawei" atau "Unknown". Paling penting peranti anda dikenalpasti.
6. Sekarang buka usb-modeswitch.conf . Skrol hingga ke seperti anda lihat pada gambar dibawah:

ikut seperti dalam gambar. pastikan nombor tersebut ditulis dalam format 0x1001.
7. Sekarang buka wvdial.conf dengan gedit

Macam biasa ikut apa yang ada dalam gambar di atas.
8. Sekarang tekan Alt+F2, taip
gksudo nautilus
9. Pergi ke folder wvdial tadi di nautilus root, copy fail wvdial.conf dan usb-modeswitch.conf ke folder /etc
10. Anda sudah selesai memasang driver modem anda. Sekarang di terminal. sila taip
usb_modeswitch
sudo wvdial
11. Anda sudah boleh melayari internet. Sekiranya ada masalah, jangan segan-segan untuk memberikan komen bertanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan