# Ada e-book atau manual yg mudah untuk cara2 install Ubuntu?
Manual Ubuntu_web.pdf oleh saudara MelayUbuntu
mirror 1
mirror 2
# Macam mana saya nak tahu senarai kad yang ada dalam pc saya? Kenapa wireless card/ bluetooth/webcam Ubuntu saya tak detect? Kenapa peranti USB saya x detect?
sebelum menanyakan soalan ini, diharap saudara/i sekalian boleh buka Terminal (Ctrl+Alt+T)
Taip arahan berikut
lspci
untuk senarai kad pci pada pc anda
lsusb
untuk senarai peranti usb
Contoh hasil output dua arahan ini serentak
Kemudian setelah anda tahu jenis kad/model untuk pc anda. Anda boleh google dengan keyword berikut
site:ubuntuforums.org
# Kalau nak install semua benda yg biasanya pengguna komputer akan pakai, install ubuntu restricted extras.
Ada 2 cara.
Paling Mudah, pergi ke Applications > Ubuntu Software Center.
search "extras"
Nanti korang akan jumpa pakej "Ubuntu Restricted Extras". Install
lagi satu guna CLI
sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras.
# tak boleh update, gagal dapatkan pakej repo
Tukar source repo kat Administration > Software Sources. Kat "Download from:" pilih Other... > Malaysia > archive.mmu.edu.my atau mirror.upm.edu.my
# saya nak tanya, kalau ubuntu 'hang' nak buat macam mana ek? bila jadi camni terpaksa reset pc.. ada cara lain ker? kalau window leh g ke task manager
Right Alt + PrtSc + K
atau
Ctrl + Alt + Backspace
# Pasang sambungan jalur lebar mudah alih dengan menggunakan NetworkManager di Ubuntu
huawei e1550 patut dah auto detect dengan NetworkManager. Cucuk je boleh pakai klik kanan kat ikon NetworkManager patut ada Enable Mobile Broadband.
Kalau ada, klik Edit Connections...
Pergi tab Mobile Broadband
Klik add,
Patut dah nampak Huawei Mobile tu
tekan Forward,
Pilih Malaysia,
Pilih Celcom,
Ok, kat plan ni mungkin ada perubahan. Kalau guna Celcom 3g kena tukar ke 3g.celcom.net.my. Atau cuba guna, default celcom.net.my. Kena rujuk Celcom sendiri untuk APN sebab rasa saya yg baru dah tukar. Kali terakhir saya pakai Celcom 3g.
Klik Apply.
Isi detail username,password (rujuk panduan celcom) dan PIN sim card.
Klik Ok.
Pilihan Celcom broadband ada kat dalam list. klik je. Kalau takde apa2 masalah, dapat connect seperti biasa.
#
Sesiapa ada masalah nak pasang Ubuntu pada Acer Aspire M1641 Desktop, alhamduliLLah ini penyelesaiannya:
. Go to BIOS settings by pressing DEL while the system is booting
. On the BIOS menu go to ADVANCED tab
. On the ADVANCED menu screen go to INSTALLER OS SELECT
....... Under Installer OS Select there is WIndows by default
. Hit Enter and change it to OTHERS
. Hit F10 tey to save new settings and exit BIOS setup
sekadar berkongsi satu solusi...
# sy ada mslh dgn ubuntu... sy terpadam icon sound,wireless n berkaitan dgn sistem mcm mane nk wujud kembali....
klik kanan pada ruang kosong panel
pilih "Add to Panel"
Dwi-klik Indicator Panel
...
Harap penjelasan saya membantu.
# salam
nak tanya skit ni..
kenapa tiba2 ubuntu 10.04 saya ni ada masalah dengan keyboard?
saya kena tekan huruf tu kat keyboard tu 2-3 saat, baru muncul kat screen.
semak di sticky key, slow key dengan bounce key settings di keyboard prefrences.
# salam..nak tnye berkaitn dgn masalah yg same mcm ni ---> http://askubuntu.com/questions/36196/theme-changed-by-itself .. saya da google..tapi x tahu mane satu solution yg betol..harap2 ade yg boleh tolong bntu dn jelaskn :D terima kasih :D
ni may help http://askubuntu.com/quest
# Sape tau mcmne nak kasi lajukan speed utk IE kat ubuntu nie...aku kena pakai IE utk keje kat opis...tp dianyer speed slow...x mcm firefox...kalu bleh aku x yah laa pakai windows lg kat opis
lepas aku run rm -rfv ~/.wine dgn winecfg...mcm dah ok speed dia...speed dah sama mcm aku run kat windows...yeay
Pos ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda juga boleh melihat kandungan pos ini di Ubuntu Malaysia LoCo Team dan di halaman Sabily Untuk Malaysia
2 ulasan:
kalu tgk forum JL ada sdr Neko wat aplikasi utk psg modem ni. mgkn gak boleh bantu.
thanks a lots . tak sabar nak tunggu the latest version for sabily . hope awak sediakan link nya untuk donlod ya . .
Catat Ulasan