Sudah lama saya tidak membuat sebarang pos baru di blog ini. Kali ini saya akan kongsikan mengenai Virtual Private Network (VPN) , OpenVPN, cara pemasangan pada Virtual Private Server/ komputer sendiri, dan masalah2 berbangkit.
Saya akan jadikan tutorial ini dalam bersiri untuk memudahkan kefahaman anda. Untuk siri pertama ini saya jadikan sebagai mukaddimah atau intro kepada VPN secara umum. Harap-harap siri ini tidak menjadi terbengkalai seperti siri Silat SQL.
Apakah itu VPN?

Menurut Wikipedia,
Rangkaian persendirian maya(virtual private network, VPN) ialah sebuah rangkaian yang menggunakan insfrastruktur telekomunikasi awam, seperti Internet, untuk membekalkan pejabat-pejabat jarak jauh atau pengguna persendirian dengan capaian selamat terhadap rangkaian organisasi mereka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sistem talian bermilik atau berpajak yang mahal tetapi boleh digunakan untuk satu organisasi sahaja. Matlamat VPN adalah untuk membekalkan organisasi terbabit dengan kebolehan selamat yang sama tapi dengan kos yang lebih rendah.
Ia mengkapsulkan pindahan data antara dua atau lebih peranti rangkaian yang tidak berada pada rangkaian persendirian yang sama dengan tujuan supaya data yang dipindahkan kekal sulit daripada peranti-peranti lain pada satu atau lebih rangkaian kawasan setempat atau luas yang berselang.
Ok, ayat wikipedia susah nak faham ? Tak mengapa, saya cuba jelaskan dalam gaya bahasa yang mudah. Pernah guna LAN? kita tak boleh akses dari luar. Bagaimana nak akses dari luar? di sinilah gunanya VPN sebagai pengantara antara rangkaian luar seperti Internet. Dengan VPN, sesebuah organisasi boleh mencapai keselamatan seperti menggunakan dedicated line. Pengguna boleh menggunakan talian internet sendiri di rumah untuk menyambung ke rangkaian pejabat.
Antara aplikasi VPN ini seperti mesin-mesin ATM yang menyambung ke rangkaian bank pusat seolah-olah mesin-mesin ATM ini ada di dalam rangkaian yang sama. Penyulitan (Encryption) yang ketat yang digunakan dalam VPN menyukarkan penceroboh/penggodam menghidu paket trafik ATM-ATM ini.
VPN juga digunakan sebagai terowong (tunnel) untuk melepasi sekatan di tembok api (firewall) di pejabat,kolej, atau universiti. Dengan melencongkan semua trafik ke port yang biasa dibuka seperti HTTPS(TCP port 443). Disebabkan trafik ini disulitkan (encrypted), sistem pemantaun trafik tidak dapat mengesan trafik sebenar yang berlaku di antara pengguna dan pelayan VPN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan