Custom Search

Isnin, 3 Jun 2013

Linux Mint 15 "Olivia": Kembara Sesegar Pudina (kemaskini 2014-04-02)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kini saya menggunakan Linux Mint sebagai OS utama di samping Windows 7 Home Premium OEM dual-boot.

Kenapa saya pakai Mint?

Saya suka guna antaramuka yang ringkas dan tak terlalu fancy. Proses migrasi dari ubuntu ke mint MATE Ubuntu pun tak berapa susah. Beban kerja kini dah mengurangkan semangat saya nak sibuk troubleshoot terutama kalau Unity buat hal :P

Codec dan perisian yang biasa dipakai di Ubuntu pun dah ada. Cuma masih kena pasang pakej ubuntu-restricted-extras.

Kembara sesegar pudina a.k.a pengalaman Mint Olivia

Saya baru pasang Mint Olivia tengah hari tadi (2013-06-03). Ada beberapa isu yang saya alami.

Pertama sekali, Mint Olivia memperkenalkan kernel yang ditandatangani (signed) dengan EFI untuk membolehkan pemasangan Linux Mint pada PC Windows 8 yang mewajibkan penggunaan SecureBoot dan juga kernel biasa.

Kernel yang ditandatangani ini diset sebagai lalai (default) di Linux Mint. Oleh itu anda kena tukar kernel biasa sebagai kernel lalai.

Untuk memudahkan kita set sesebuah kernel sebagai lalai, kita boleh gunakan Grub Customizer.

Cara memasang Grub Customizer

sudo add-apt-repository ppa:danielrichter2007/grub-customizer
sudo apt-get update
sudo apt-get install grub-customizer
Buka Grub Customizer dari Mint Menu


Masukkan katalaluan anda dan tekan Enter. Pilih tab General Settings. Pastikan predefined diset kepada Entry 1.


Gunakan anak panah atas untuk naikkan kernel biasa terkini di posisi teratas di bawah (incoming Entries)


Klik File > Save untuk menyimpan tetapan (settings) Grub.



Bersambung...

UPDATE 2013-07-28: Selamat berpuasa dan Salam Aidilfitri. Saya akan kemaskini bagaimana nak link Dropbox dengan Caja akan datang. Ada isu lagi tapi saya dah terlupa. Isu kernel ni memang menjengkelkan saya tu sebab saya masih ingat lagi sekarang :P

UPDATE 2014-04-02: bagaimana nak link Dropbox dengan Caja akan ditulis dalam pos baru. Saya dah guna Linux Mint Petra sekarang.

Rujukan

Mint Olivia common issues http://www.linuxmint.com/rel_olivia.php

Muat turun Mint: http://www.linuxmint.com/download.php 

Dokumentasi Rasmi Mint 

Ciri-ciri terbaru Mint Olivia

carian google

Custom Search