Selasa, 29 Januari 2019

BORAK LINUX (kemaskini 2019-01-29)


Kalau nak tip bab driver dalam Linux ni

Kalau untuk wireless adapter, cari yang guna chipset ralink, atheros, qualcomm. Kebanyakan yang di pasaran banyak pakai Broadcom. Kebanyakan yang guna chipset Broadcom ni memang kena compile sendiri. Kalau dah auto-detect tu kira bertuah dan nasib baik lah.

Lagi satu kalau nak belajar guna Linux ni kena unlearn Windows. Linux bukan Windows. Anggap anda baru nak belajar guna komputer. Anggap Linux OS pertama komputer anda.
Kalau anda banyak guna perisian sumber terbuka di Windows, saya boleh kata hampir semua ada di Linux. Kalau takde, ada software lain yang lebih kurang boleh buat apa yang anda nak.

carian google