Ini adalah adaptasi rajutan Twitter saya di
https://twitter.com/ak47suk1/status/1562043588828991489?s=20&t=2s_LldCWhQEVUP6Wjr5ifA
KENAPA RAMAI SENANG KENA SCAM V2
Rajutan baru sebab rajutan sebelum ni dah bercampur aduk banyak benda. Senang aku nak convert terus jadi pos blog.
Alang2 nak tunggu waktu subuh ni, aku rasa boleh aku teruskan rajutan ni. Sebab apa ramai kena scam?
Jawapan pertama memang korang akan selalu dengan dari anti-scammer seperti PDRM, MCMC, KPDNHEP, SC, CyberSecurity Malaysia dan lain-lain.
Tamak/Greed
Jawapan kedua; Tak ramai highlight
Terdesak/Desperate
Tamak ni lumrah hidup manusia. Kalau kita diberi segunung emas pun, kita nak segunung lagi. Dah ada 2 gunung; Nak 3 gunung pulak. Benarlah sabda sang Nabi; Manusia ni nafsunya takkan pernah puas.
https://twitter.com/pedoqpop/status/1557006611201560577?t=wXKPPovmhcNcABlPax7Llw&s=19
Yang terang-terang macam ni pun ada orang yang percaya. Nampak sangat common sense perlu diajar dan didik kepada segenap rakyat Malaysia.
Terdesak? Kenapa mangsa scam terdesak? Kena buang kerja? Ada buat aktiviti yang boleh trigger penyiasatan LHDN? Cuak? Tergamam atau terkesima? Risau cinta tidak terbalas? Takut dengan pihak berkuasa? Takut langgar undang-undang? Terdesak cari sesuap nasi? Sekeping roti?
Kalau dapat call dari kononnya pihak berkuasa. Letak gagang lepas tu call hubungi orang yang rapat dengan anda. Tenangkan diri. Bincang dengan sahabat/rakan yang dipercayai anda.
Ramai mangsa malu mereka ditipu. Yang kelakar mereka cuba menipu konon klik je duit dah hilang atau tiba-tiba je hilang. Nope. It doesn't work like that hombre.
Sama ada:
- PC/laptop dah ada banking Trojan.
- Peranti Android dipasang APK hasad
- Letak username/password dan Login di page phishing.
Kau ada 10 PhD pun sebagai seorang social engineer, aku yakin aku boleh scam kau. Kalau kau bagi aku pakai malware, lagi senang.
Semua manusia boleh ditipu. Apa yang penting; Selain kerjasama adalah apa yang anda buat selepas ditipu dan diperdaya. Awareness is like security devices for human. Buang faktor yang menyebabkan kita rasa terdesak/desperate. Bertenang dan hubungi orang yang kita percayai seperti Ibubapa, adik-beradik, sahabat, rakan taulan. Moga kita terpelihara dari musibah scam hendaknya.
Berakhirlah rajutan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan