Selasa, 1 Mei 2018

Siri Xiaomi Mi A1 (kemaskini 2020-01-14)

Assalamualaikum dan apa khabar semua,

Sudah lama saya tak menulis di blog ni. Dah dekat 2 tahun. Saya mendapat inspirasi dari pos di grup Facebook Xiaomi Mi A1 Malaysia https://web.facebook.com/groups/698818933646024/permalink/805808892947027/ untuk buat siri pos mengenai Mi A1.

Ramai yang ingat Gcam (Google Camera) je kalau sebut Xiaomi Mi A1 ni. Cadangan tajuk untuk siri Xiaomi Mi A1.

Siri 1: Pengenalan kepada Xiaomi Mi A1 dan Pengenalan kepada projek Android One
Siri 2: Forum,sumber rujukan mengenai Mi A1 dan jargon Android yang anda wajib tahu
Siri 3: Pasang sendiri ADB dan Fastboot menggunakan Chocolatey (Windows)
Siri 4: Pasang sendiri ADB dan Fastboot menggunakan Apt (Linux Ubuntu)
Siri 5: Boot ke Recovery melalui Fastboot dan Pemasangan custom Recovery TWRP
Siri 6: Pasang sendiri Magisk untuk Root dan sorok Root dari Aplikasi Android yang semak Root/Superuser
Siri 7: Pemasangan custom Kernel Moun Kernel
Siri 8: Pemasangan custom Rom HavocOS Pie


Siri 5: Pasang sendiri ROM rasmi Mi A1 menggunakan Mi Flash Tool
Siri 6: Pasang sendiri ROM rasmi Mi A1 menggunakan ADB dan Fastboot (Windows dan Linux Ubuntu)
Siri 8: Pengenalan kepada Projek Treble
Siri 9: Pemasangan custom Rom Resurrection Remix

Kemaskini (2019-02-17): Sebab saya dah pakai Resurrection Remix HavocOS yang berasaskan Android Pie dan juga firmware Mi A1 terkini; Saya agak sukar untuk memberi panduan menggunakan stock Rom dan juga Mi Flash Tool. Saya terpaksa rombak semula siri Xiaomi Mi A1 ini. Maaf atas sebarang kesilapan dan kesulitan.

Kemaskini (2019-11-21): Maaf saya ada berita buruk dan juga berita baik. Berita buruk, saya terpaksa hentikan Siri Xiaomi Mi A1 ini sebab telefon Mi A1 saya ni dah rosak papan induknya. Total lost. Berita baik, saya akan gantikan dengan Siri Xiaomi Mi A2. Lebih kurang je dengan Mi A1. Telefon Mi A2 saya ini saya dah boleh guna untuk eksperimen sebab saya dah guna Mi 9 Lite sebagai telefon harian. Jadi, kalau saya nak cuba benda-benda pelik di Mi A2 ni dah tak risau dah. Cuma  saya kena tuntut waranti untuk kamera depan yang rosak ni dulu. Saya jangka awal Januari 2020 dah boleh sepakmula siri Mi A2 ini. Nantikan kemunculannya!

Mi A1 ni antara peranti Android yang saya pakai lama dan agak berpuas hati dengannya. Bagi saya projek AndroidOne ni sangat bagus dan saya harap Google akan terus menjaganya dengan rapi.

Tutorial pasang Gcam saya tak buat kot pasal blog lain dah banyak tulis.

Tiada ulasan:

carian google