Isnin, 24 Mei 2021

Xiaomi Mi A2: Forum,sumber rujukan mengenai Mi A2 dan jargon Android yang anda wajib tahu (kemaskini 2021-06-08)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi mengenai forum, pusat rujukan dan juga pusat sumber mengenai Xiaomi Mi A2. Kira macam cheatsheet la pos blog kali ni.

Pertama, tidak boleh tidak, forum Mi A2 di forum MIUI iaitu forum rasmi Xiaomi sendiri di sini.

Tempat muat turun(download) ROM rasmi Mi A2 ialah https://c.mi.com//miuidownload/detail?device=1700353



Bagi yang kurang biasa dengan forum XDA, mungkin anda akan rasa janggal dan tak tahu nak bermula dari mana untuk rujuk. Nasihat saya, untuk apa-apa model telefon, sila cari halaman "index". Contohnya untuk Mi A2, di sini

Anda juga boleh cari kumpulan mengikut model telefon pintar anda di Telegram. Sebagai contoh, saya nak cari grup Mi 11 Ultra, saya cari "Mi 11 Ultra" di ruangan gelintar Telegram.

Saya ingin jelaskan sedikit mengenai ROM, Recovery, Bootloader, Kernel, Root, Flash dan istilah/jargon lain  secara am dan kemudian khusus untuk Mi A2. Saya pasti yang ada sesetengah pengguna peranti Android kurang arif dan rasa janggal mahupun bingung dengan istilah-istilah atau jargon yang saya senaraikan tadi. Tak mengapa, saya terangkan satu persatu.

=[Jargon/Istilah]=

Flash

Ini bukan flash nak ambil gambar guna kamera. Pasang ataupun install sesuatu pakej ROM, driver, recovery, firmware dan lain-lain.

ROM

ROM yang dimaksudkan di sini adalah firmware untuk telefon pintar. Kira macam PC kita ada sistem operasi seperti Windows ataupun Linux. Untuk peranti pintar berasaskan Android ni, berasaskan Android OS. ROM asal dari Google dipanggil Stock ROM ataupun Google Play Edition. ROM  yang diubah suai dipanggil custom ROM. Kelebihan custom ROM adalah ia direka cipta oleh komuniti. Walaupun sesuatu model telefon pintar itu tidak lagi disokong secara rasmi, anda masih boleh gunakan custom ROM untuk kemaskini and tampalan keselamatan untuk peranti anda.

Recovery

Recovery adalah ROM kecemasan seumpama safe mode di Windows. Bila ada gangguan ataupun sesuatu yang tidak kena pada ROM utama, Mi A2 akan boot kepada Recovery secara automatik. Ada 2 custom Recovery yang popular iaitu ClockWork Mod (CWM) dan Team Win Recovery Project (TWRP). Secara peribadi saya menyukai TWRP dan menjadi sebahagian dari Siri Xiaomi Mi A2 ni.

Bootloader/Boot

Yang ini saya gunakan Xiaomi Mi A2 sebagai contoh.

Ada 4 jenis boot dalam Mi A2:

Fastboot


Fastboot ini adalah sebahagian dari bootloader. Dekat-dekat dengan safe mode di Windows tapi banyak bezanya. Anda boleh nyahkunci bootloader(unlock bootloader), flash recovery dan macam-macam lagi.

Recovery

Sebijik dengan safe mode di Windows sesuai dengan namanya 'Recovery' atau Pemulihan.

System boot

Apa yang anda nampak setiap kali anda hidupkan telefon pintar, inilah dia. Sistem operasi akan tersedia untuk anda dalam mod ini. Boleh jadi OneOS, OxygenOS, Android One, MIUI, ColorOS dan sistem operasi berasaskan Android yang lain.


EDL (phone selain Xiaomi nama lain)


Mod kecemasan. Biasanya tukang baiki telefon pintar je akses. Saya sendiri pun tak pernah sampai ke tahap ni untuk mengendalikan penyelenggaraan semua telefon pintar yang saya ada dan yang saya miliki.

Kernel


Kernel adalah nyawa ataupun jantung kepada sistem operasi (OS). Kebiasaanya kita sebagai pengguna Android jarang sekali usik kernel ni. Ramai yang flash kernel tersuai (custom kernel)


Root




Kalau yang biasa dengan OS berkaitan POSIX seperti Linux, FreeBSD, UNIX biasa dengar nama pengguna(username) root ini. Pengguna berkuasa tertinggi pangkat panglima dah ni, superuser biasa orang panggil.

Proses untuk menjadi superuser ni dipanggil rooting. Banyak manfaat kalau root ni. Anda boleh guna adblock yang berkesan macam AdAway. Pasang perisian sandaran Titanium Backup Pro. Godek tetapan di tahap sistem. Kalau anda rasa root ni tak perlu, saya tak galakkan root. Akan ada masalah untuk anda buka aplikasi perbankan dan app lain yang periksa sama ada fon anda telah di'root' atau tidak.

A/B Partition

Untuk Andoid One ada mod istimewa ni. Anda boleh ada sandaran sistem operasi sekiranya ada masalah dengan sistem operasi langgan di partition yang lain.

Brick

Ada 2 jenis

Soft brick

Kalau anda setakat tersilap flash perisian, recovery, ROM dan lain-lain. Anda boleh but fon anda ke bootloader atau recovery untuk membaiki masalah ini.

Hard Brick

Perkakas yang rosak. Dah cuba kenalpasti semua masalah soft brick. Semua solusi anda cuba tak jalan. Cari service centre kalau masih ada waranti. Cari kedai kalau waranti fon anda dah habis.

Bootloop

Telefon pintar anda boot semula berulang-ulang tanpa henti sampai Abang Jamil mampus. Boleh jadi telefon pintar anda soft brick.

=[Rujukan]=


https://www.xda-developers.com/what-is-custom-rom-android/

https://www.androidcentral.com/android-z-what-fastboot

https://www.androidcentral.com/what-recovery-android-z

https://forum.xda-developers.com/t/cannot-boot-into-edl-mode-on-mi-a2.3866481/

Tiada ulasan:

carian google